Tindakan undang-undang jika guna logo LHDNM tanpa kebenaran

Tangkap layar kenyataan LHDNM mengenai larangan penggunaan logo tanpa kebenaran pada Selasa.
Tangkap layar kenyataan LHDNM mengenai larangan penggunaan logo tanpa kebenaran pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengingatkan orang ramai untuk tidak menggunakan logo atau rujukan pihaknya dalam media sosial, risalah atau mana-mana bahan bercetak dan penerbitan tanpa kebenaran.

LHDNM dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan, mereka tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sesuai dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa terhadap pihak yang terlibat dengan penyalahgunaan tersebut.

Menurutnya, sebagai agensi badan berkanun Persekutuan, LHDNM memandang serius terhadap penyalahgunaan tersebut di semua platform atau sebarang kegunaan yang boleh mengelirukan orang ramai.

“Penyalahgunaan logo atau rujukan kepada LHDNM merupakan kesalahan yang diperuntukkan di bawah Bahagian 1, Jadual 1, Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1963 [Akta 414].

“Kami ingin menegaskan bahawa tiada sebarang penggunaan logo atau rujukan kepada LHDNM boleh dilakukan tanpa kebenaran,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: