Kertas siasatan kehilangan AS$6.94 juta dikembalikan kepada SPRM

Jabatan Peguam Negara
Jabatan Peguam Negara
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kertas siasatan bagi kes kehilangan wang AS$6.94 juta telah dikembalikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataannya pada Selasa memaklumkan, ia selepas pihaknya mendapati wujud kesalahan lain yang memerlukan siasatan lanjut oleh agensi penguatkuasaan berkaitan.

"AGC telah mengkaji dan meneliti kertas siasatan yang diterima pada 28 September 2021 daripada SPRM dan ia telah dikembalikan untuk tindakan lanjut," katanya pada Isnin.

SPRM sebelum ini mengesahkan penahanan tiga pegawainya bagi membantu siasatan dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid.

Pada Ogos 2018, SPRM menggeledah dan merampas sejumlah wang tunai dolar Amerika Syarikat dari sebuah unit kondominium di Cyberjaya.

Pada 12 April lalu, Hasanah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada pertuduhan melakukan pecah amanah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia.

Beliau dilapor mahu menuntut semula wang berkenaan daripada SPRM, namun didakwa hanya tinggal sebahagian duit dan duit palsu.

Artikel Berkaitan: