Dua maut pesawat ringan rempuh kawasan kediaman

Gambar menunjukkan bangkai sebuah pesawat ringan yang hangus terbakar selepas terhempas kawasan kediaman dekat San Diego pada Isnin. - Foto San Diego Union-Tribune/Zuma Press
Gambar menunjukkan bangkai sebuah pesawat ringan yang hangus terbakar selepas terhempas kawasan kediaman dekat San Diego pada Isnin. - Foto San Diego Union-Tribune/Zuma Press
A
A
A

LOS ANGELES - Sekurang-kurangnya dua orang terkorban pada Isnin selepas sebuah pesawat ringan merempuh sebuah kawasan kediaman di bandar Santee dekat San Diego, California, Amerika Syarikat (AS).

Dalam kejadian itu, dua rumah dan sejumlah kenderaan termasuk sebuah trak penghantaran barangan turut terbakar.

Seorang wanita memberitahu, dia melihat mayat pemandu trak itu terbakar.

Menurut laporan berita Fox 5 Diego, pesawat ringan enam tempat duduk yang menggunakan enjin Cessna 340 itu dipercayai datang dari Yuma, Arizona.

Beberapa orang memberitahu mereka bergegas ke bangunan terbakar bagi membantu mangsa dan kebakaran berjaya dipadamkan oleh anggota bomba.

Ketika kejadian, jiran mangsa dilaporkan mendengar bunyi kuat sebelum pesawat tersebut terhempas. - Agensi

Artikel Berkaitan: