Ubat antibodi AZ terbukti berjaya dalam rawatan Covid-19

Gambar hiasan. - Foto Awani
Gambar hiasan. - Foto Awani
A
A
A

UBAT antibodi AstraZeneca (AZ) Covid-19 terbukti dapat menyelamatkan nyawa dan mencegah gejala buruk apabila diberikan sebagai rawatan dalam tempoh seminggu selepas gejala pertama dikenal pasti.

Ubat yang dibuat daripada gabungan dua antibodi yang dikenali sebagai AZD7442 itu berpotensi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 atau kematian sebanyak 50 peratus, bagi pesakit yang tidak dimasukkan ke hospital dan mengalami gejala selama seminggu atau kurang.

Menurut syarikat farmaseutikal itu, pengurangan risiko itu lebih berkesan kepada pesakit yang mula mengambil rawatan itu dalam masa lima hari selepas gejala pertama.

Hasil rawatan itu akan menekankan potensi penggunaannya di masa depan sebagai pencegahan bukan vaksin.

Ubat yang mempunyai fungsi yang sama turut dibangunkan beberapa syarikat farmaseutikal lain seperti Regeneron, Eli Lilly dan GlaxoSmithKline.

Terapi ini diluluskan untuk penggunaan kecemasan di Amerika Syarikat untuk merawat Covid-19 ringan hingga sederhana.

AstraZeneca memohon kelulusan kecemasan daripada Amerika Syarikat untuk AZD7442.

Ubat berkenaan dirancang untuk melindungi individu yang tidak memiliki imuniti yang kuat terhadap vaksin, terutama mereka yang menjalani pemindahan organ atau dalam rawatan kanser.

Artikel Berkaitan:

Ubat ini juga boleh digunakan ke atas mereka yang tidak mahu diberikan vaksin.

AstraZeneca berkata ia menyerahkan data rawatan baru AZD7442 kepada pihak berkuasa kesihatan global.

Ujian klinikal itu berlangsung di 13 negara dan melibatkan 5,197 peserta.

Ubat itu diharap dapat digunakan bersama vaksin, bagi yang memerlukan lebih banyak perlindungan untuk bertahan sehingga 12 bulan. - Awani