X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 29 Mei 2022

Suami isteri, 2 warga Thailand pasport tamat tempoh ditahan

Kereta jenis Iswara Aeroback dinaiki sepasang suami isteri bersama dua lelaki warganegara Thailand dirampas. - FOTO SINAR HARIAN
A
A

TANAH MERAH - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion Lapan menahan sepasang suami isteri bersama dua lelaki warga Thailand yang memiliki pasport tamat tempoh di sekatan jalan raya (SJR), Lalang Pepuyu di sini pada Isnin.

Pegawai Pemerintah Medan, Superintendan Azhari Nusi berkata, mereka ditahan pada jam 11.17 dalam sebuah Iswara Aeroback yang dipandu lelaki tempatan berusia 26 tahun.

Menurutnya, isteri pemandu yang berusia 20 tahun duduk di kerusi penumpang hadapan manakala lelaki warga Thailand kedua-duanya berusia 23 tahun berada di duduk belakang.

“Pemeriksaan lanjut mendapati pasport mereka tamat tempoh,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ujar beliau, kereta tersebut dipandu dari arah Rantau Panjang, Pasir Mas menghala ke Panglima Bayu, Tanah Merah.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati wanita berkenaan positif methamphetamine dan akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kesemua suspek dan kenderaan yang bernilai RM 8,000 dirampas serta dibawa ke Balai Polis Lalang Pepuyu, Tanah Merah untuk tindakan dan siasatan lanjut,” katanya.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 55 E (1) dan Seksyen6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!