Serangan bom kereta di Syria, 6 disahkan maut

Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata kenderaan sarat dengan bahan letupan itu diletupkan di kawasan dipenuhi orang awam. - Foto AP
Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata kenderaan sarat dengan bahan letupan itu diletupkan di kawasan dipenuhi orang awam. - Foto AP
A
A
A

SEKURANG-kurangnya enam individu disahkan maut susulan kejadian letupan bom kereta di Syria pada Isnin.

Menurut laporan, letupan yang berlaku di sebuah pasar di bandar Afrin di wilayah Aleppo itu didakwa didalangi kumpulan pemberontak.

Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata kenderaan sarat dengan bahan letupan itu diletupkan di kawasan dipenuhi orang awam.

Pihak berkuasa yang menjalankan operasi menyelamat memaklumkan, jumlah kematian dijangka meningkat.

Sekurang-kurangnya dua orang awam dan seorang anggota Jaysh al-Islam antara yang terbunuh, manakala 12 lagi mengalami kecederaan.

Bulan lalu, Afrin berdepan empat serangan berasingan menggunakan peranti letupan, termasuk satu yang menyasarkan kenderaan dinaiki komander pemberontak. - Awani

Artikel Berkaitan: