Jerman sahkan slot ke Piala Dunia 2022 di Qatar

Thomas Mueller (kiri) cuba melepasi halangan pemain Macedonia Utara dalam aksi di Skopje.
Thomas Mueller (kiri) cuba melepasi halangan pemain Macedonia Utara dalam aksi di Skopje.
A
A
A

JERMAN menjadi pasukan pertama Eropah mengesahkan slot ke Piala Dunia Qatar 2022 selepas berpesta gol menewaskan Macedonia Utara 4-0 dalam perlawanan Kumpulan J di Skopje awal pagi tadi.

Dua gol jaringan Timo Werner diikuti satu gol masing-masing daripada Kai Havertz dan Jamal Musiala, membolehkan juga Jerman memperkukuhkan cengkaman peringkat kumpulan dengan lima kemenangan selepas lima perlawanan.

Tiga mata itu menyaksikan anak buah Hansi Flick mengumpul 21 mata diikuti Romania kedua dengan 13 mata.

Untuk rekod juara setiap kumpulan layak secara automatik ke kejuaraan berprestij temasya sukan bola sepak dunia tersebut.

"Kemenangan yang sempurna, kami berjaya merealisasikan misi di Skopje - layak ke Qatar secepat mungkin dan kemenangan kelima berturut-turut.

"Dan sikap dalam kalangan pemain terhadap perlawanan ini juga terbaik, tahniah kepada setiap pemain Jerman.

"Pada babak pertama kami tidak mudah mengalah walaupun berdepan tekanan lawan, cumanya ketepatan hantaran pada babak pertama kurang kemas, namun masih berjaya mengekalkan momentum positif. Itu pun sudah membuat kami berpuas hati," ujar Flick yang mengambil alih jawatan daripada Joachim Loew.

Artikel Berkaitan: