Tiga lelaki dipercayai terlibat kes gaduh direman

Tangkap layar insiden pergaduhan dipercayai berlaku di sebuah premis di Jalan Changkat Bukit Bintang pada Isnin.
Tangkap layar insiden pergaduhan dipercayai berlaku di sebuah premis di Jalan Changkat Bukit Bintang pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga lelaki dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di sebuah premis di Jalan Changkat Bukit Bintang direman selama dua hari untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kertas siasatan akan diserahkan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya apabila siasatan selesai dijalankan.

Menurutnya, kesemua suspek telah diberkas selepas dipercayai terlibat dalam satu insiden pergaduhan yang tular di media sosial.

"Insiden berkenaan tular menerusi dua video berdurasi 37 saat dan 27 saat yang dimuat naik di laman sosial Twitter.

"Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kemudiannya menjalankan siasatan dan menahan ketiga-tiga suspek berumur antara 32 hingga 52 tahun itu," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menularkan video tersebut yang boleh mengakibatkan kegusaran awam.

Dalam masa sama, pihanya berharap orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel Berkaitan: