Tergamak bunuh isteri, bayi baru lahir

Suami mangsa tampil menyerah diri selepas melakukan perbuatan zalim itu.
A
A

BANTEN - INDONESIA. Akibat menolak ajakan suami untuk bersama, seorang ibu yang baru bersalin 40 hari dan bayinya mati dibunuh suami sendiri.

Menerusi laporan Tribunnews, Ap, 25, dan bayinya meninggal dunia dipercayai dibunuh suaminya AR, ekoran menolak ajakan untuk berhubungan intim memandangkan dia baru 40 hari melahirkan bayi mereka.

Difahamkan, suspek dan mangsa bekerja sebagai pegawai di Hospital Krakatau Medika (RSKM).

Kedua-dua mayat ibu dan anak itu ditemukan di rumahnya di Kampung Kotasari, Daerah Grogol, Kota Cilegon, pada Isnin pagi.

Ketika ditemukan keluarga, kedua-duanya sudah tidak bernyawa dengan luka lebam di sekitar kepala.

Dari pemeriksaan awal mendapati, mangsa mengalami luka akibat dihentak benda tumpul.

"Kita masih dalam proses, tapi yang sudah terlihat adalah luka-luka akibat kekerasan benda tumpul," kata Dr Budi Suhendar, dari Unit Forensik Hospital Dradjat Prawiranegara.

Suami mangsa sudah menyerahkan diri kepada pihak polis selepas melakukan perbuatan zalim itu.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia