X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

Pukul budak autisme: Pengurus pusat asuhan dituduh Rabu ini

A
A

AMPANG - Pengurus sebuah pusat asuhan yang dipercayai terlibat dalam kes kanak-kanak autisme dipukul akan dituduh di Mahkamah Ampang pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, siasatan berkaitan kes tersebut telah selesai dan kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Isnin.

"Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada Ahad, seorang wanita warga asing diberkas dipercayai terlibat dalam kes seorang kanak-kanak autisme dipukul di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di sini.

Mohamad Farouk dilaporkan berkata, suspek yang diberkas itu merupakan pengurus di pusat asuhan kanak-kanak terbabit.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!