X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Rusia catat rekod baharu lancar roket tanpa kemalangan

Foto fail Reuters
A
A

MOSCOW - Agensi angkasa Rusia, Roscosmos berjaya melancarkan 70 pelancaran roket tanpa sebarang kemalangan sejak tiga tahun berturut-turut, sekali gus mencipta rekod baharu, lapor Agensi Berita Sputnik.

Sejak kegagalan pelancaran Soyuz pada 11 Oktober 2018, Rusia telah melakukan 32 pelancaran roket dari pusat angkasa Baikonur dan 21 dari Plesetsk Cosmodrome dan masing-masing tujuh dari Vostochny dan Kourou di French Guiana.

Sementara itu, dalam tempoh sama, 22 insiden kecemasan dilaporkan berlaku ketika pelancaran roket oleh negara lain: di China sebanyak sembilan, Amerika Syarikat (lima), Iran (tiga), Perancis (dua), New Zealand (dua) dan India (satu).

Pada Mei 2020, Rusia berjaya melancarkan roket pengangkut Soyuz-2.1b dengan 36 satelit komunikasi OneWeb UK dari Vostochny Cosmodrome, pelancaran ke-59, rekod baharu di era pasca-Soviet.

Rekod pelancaran tanpa sebarang insiden oleh Soviet lebih mengagumkan, menyaksikan 185 pelancaran berjaya berjaya dilakukan berturut-turut antara Januari 1983 dan November 1984. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!