X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Kutipan zakat 2020 di Wilayah Persekutuan catat RM800 juta

Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A

LABUAN - Kutipan zakat di tiga Wilayah Persekutuan mencatat sebanyak RM800 juta tahun lepas, meningkat 11 peratus berbanding tahun sebelumnya, meskipun berdepan pandemik Covid-19.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Mohd Nizam Yahya berkata, zakat perniagaan menyumbang kutipan tertinggi berbanding zakat pendapatan.

“Ketika pandemik bermula pada awal 2020, kita menjangkakan kutipan zakat ada penurunan, namun berlaku sebaliknya.

“Berdasarkan statistik, pada tahun-tahun sebelumnya, peningkatan kutipan zakat adalah pada kadar empat hingga enam peratus, namun tahun lepas peningkatan kutipan begitu ketara,” katanya kepada pemberita selepas majlis Malam Apresiasi Media 2021 di sini malam Ahad.

Mohd Nizam berkata, MAIWP akan menggunakan 80 peratus daripada jumlah RM1.1 bilion peruntukan sedia ada untuk pelbagai skim bantuan kepada golongan asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada 2022.

Dalam pada itu, Mohd Nizam berkata, ‘MAIWP Healthcare Clinic’ akan diwujudkan di Labuan bagi membantu golongan asnaf menerima rawatan perubatan.

“Buat masa ini kita ada 22 MAIWP Healthcare Clinic di Kuala Lumpur dan Putrajaya dan kita akan lebarkan kemudahan rawatan ini ke Labuan. Kita akan buat perancangan ke arah itu,” katanya.

Pada majlis itu, Mohd Nizam turut menzahirkan penghargaan kepada pengamal media di Labuan atas kerjasama dalam pelaporan berita sama ada sebelum dan semasa pandemik Covid-19.

“Banyak program dan skim bantuan MAIWP dilaporkan oleh pengamal media di pelbagai platform, dan ini sekurangnya membantu MAIWP dalam melebarkan lagi skim bantuannya kepada yang layak,” katanya. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!