Satu lokaliti di Pahang dikenakan PKPD

 PKPD dilaksanakan selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19.
PKPD dilaksanakan selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaporkan hanya satu lokaliti iaitu Felda Lembah Klau, Mukim Gali, Raub, Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 12 Oktober hingga 25 Oktober.

Ketua Pengarah MKN, Datuk Rodzi Md Saad berkata, PKPD dilaksanakan selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Tiada lokaliti yang dilanjutkan PKPD,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Selain itu, menurut beliau lima lokaliti ditamatkan pada 12 Oktober ini.

"Antaranya ialah Kampung Bakok, Kampung Jambu, Kampung Lalang, Kampung Dollah, Perkampungan Orang Asli Seri Makmur, Tanjung Rambutan, Kinta Perak.

“Di Pahang pula melibatkan Kampung Bukit Serdang, Bera,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: