Sila log masuk terlebih dahulu.

Polis Selangor tingkatkan pemantauan pematuhan SOP

Arjunaidi Mohamed
Arjunaidi Mohamed
A
A
A

SHAH ALAM - Polis di negeri ini mempertingkatkan pemantauan bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan selepas kerajaan mengumumkan kebenaran rentas negeri, mulai Isnin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pemantauan akan dilakukan di lokasi tumpuan di negeri ini antaranya kawasan rehat dan rawat (R&R).

"Sama ada masyarakat di negeri ini atau luar yang masuk ke negeri diingatkan supaya mematuhi SOP ditetapkan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Sementara itu, beliau berkata, semua sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri ini akan ditutup.

"Seperti yang diumumkan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, SJR yang terletak di sempadan negeri akan ditutup.

"Bagaimanapun, SJR Ops Benteng dan SJR Cegah Jenayah Keselamatan akan dikekalkan dan berjalan seperti biasa," jelas beliau.

Artikel Berkaitan: