Isu kesihatan mental: KP WHO hargai usaha Khairy

Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus
Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus hari ini mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kerana menggalakkan rakyat Malaysia untuk bercakap mengenai kesihatan mental.

Memetik ciapan Khairy sempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia pada Ahad, Dr Tedros menyeru setiap individu untuk berusaha ke arah penjagaan kesihatan mental berkualiti buat semua.

“Terima kasih atas kepemimpinan anda dan usaha menggalakkan rakyat #Malaysia untuk bercakap mengenai #mentalhealth, Menteri Kesihatan@Khairykj. Bersama-sama, demi penjagaan kesihatan mental yang berkualiti untuk semua! #WorldMentalHealthDay,” ciap beliau.

Khairy menerusi ciapan di akaun Twitternya menyebut mengenai Let's TALK Minda Sihat, satu bentuk kempen oleh Kementerian Kesihatan yang dilancarkan pada 2019 untuk menggalakkan rakyat Malaysia agar mendapatkan sokongan dan bantuan dalam penjagaan kesihatan mental, selain menggalakkan anggota keluarga dan rakan-rakan memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukan. - Bernama

Artikel Berkaitan: