Lelaki Pakistan didakwa bunuh kenalan wanita Indonesia

Seorang lelaki warganegara Pakistan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi pada Isnin atas pertuduhan membunuh kenalan wanita warga Indonesia, yang mayatnya ditemukan di sebuah kedai makan di Bandar Rinching, Semenyih, dekat sini bulan lepas. - Gambar hiasan
Seorang lelaki warganegara Pakistan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi pada Isnin atas pertuduhan membunuh kenalan wanita warga Indonesia, yang mayatnya ditemukan di sebuah kedai makan di Bandar Rinching, Semenyih, dekat sini bulan lepas. - Gambar hiasan
A
A
A

BANGI - [DIKEMAS KINI] Seorang pemotong rumput warga Pakistan didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi di sini pada Isnin atas pertuduhan membunuh seorang wanita warga Indonesia di sebuah kedai makan, dua minggu lalu.

Tertuduh, Hashmat Khan, 23, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnay dibacakan di hadapan Hakim Effandi Nazila Abdullah yang bertindak sebagai majistret.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja membunuh Juli, 41, di sebuah premis di Jalan 1/1A, Bandar Rinching, Semenyih sini antara 25 September hingga jam 7.33 pagi, 28 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hakim Amir Abdul Hamid manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 November ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan berkaitan kes.

Pada 28 September lalu, Sinar Harian melaporkan, seorang wanita warga Indonesia ditemukan mati dalam keadaan tidak berpakaian dan diselimuti dengan kain disyaki dibunuh di sebuah kedai makan di Bandar Rinching Semenyih di sini.

Artikel Berkaitan:

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, polis menerima maklumat daripada orang awam melalui MERS 999 yang mendakwa terdapat bau busuk dari dalam kedai berkenaan pada jam 7.33 pagi.