Kes Covid-19 di Korea Selatan dijangka meningkat kerana cuti panjang

Pihak berkuasa percaya jangkitan Covid-19 tidak menunjukkan penurunan kerana jumlah terbaharu menunjukkan kurang saringan dilakukan pada hujung minggu.
Pihak berkuasa percaya jangkitan Covid-19 tidak menunjukkan penurunan kerana jumlah terbaharu menunjukkan kurang saringan dilakukan pada hujung minggu.
A
A
A

SEOUL - Kes baharu harian Covid-19 di Korea Selatan kekal di bawah angka 2,000 untuk hari ketiga berturut-turut pada Isnin, dengan pihak berkuasa kesihatan menjangkakan kenaikan selepas cuti hujung minggu yang panjang.

Negara itu menambah 1,297 lagi kes Covid-19, termasuk 1,284 jangkitan tempatan, meningkatkan jumlah kes kepada 332,816, menurut Yonhap memetik Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA).

Ini kali pertama kes harian mencatat 1,200 sejak 2 Ogos.

Negara menambah lapan lagi kematian akibat Covid-19, menjadikan jumlah kematian 2,583.

Jumlah harian kes Covid-19 kekal empat angka sejak 7 Julai. Jangkitan harian turun di bawah paras 2,000 pada Sabtu setelah melaporkan lebih 2,000 kes setiap hari dari Rabu hingga Jumaat.

Namun pihak berkuasa percaya jangkitan Covid-19 tidak menunjukkan penurunan kerana jumlah terbaharu menunjukkan kurang saringan dilakukan pada hujung minggu.

Mereka bimbang akan kemungkinan lonjakan kes baharu berikutan cuti hujung minggu yang panjang sehingga Isnin, cuti ganti sempena cuti Hari Hangeul pada 9 Oktober, yang meraikan pengisytiharan abjad Korea.

KDCA mengatakan 39.92 juta orang, atau 77.7 peratus penduduk, telah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 sejak Korea Selatan memulakan kempen vaksinasinya pada Februari. Jumlah orang yang telah lengkap divaksin adalah 30.44 juta, atau 59.3 peratus daripada penduduknya.

Artikel Berkaitan:

Setakat ini, 306,445 kes kesan sampingan selepas vaksinasi telah dilaporkan, dengan 2,161 dicatat dalam dua hari terakhir. Lebih 96 peratus kes adalah bergejala ringan, seperti sakit otot dan demam.

Terdapat 751 kematian setelah divaksin, namun pihak berkuasa belum menemui kaitan sebab akibat antara suntikan vaksin dan kematian dalam kebanyakan kes. - Bernama