Perbanyak kempen kitar semula minyak masak

Orang ramai disarankan mengitar semula minyak memasak bagi memastikan dapat melestarikan alam sekitar.
Orang ramai disarankan mengitar semula minyak memasak bagi memastikan dapat melestarikan alam sekitar.
A
A
A

KOTA BHARU – Syarikat yang terlibat dengan projek kitar semula minyak terpakai digalakkan memperbanyakkan program kesedaran komuniti seperti kempen pentingnya budaya kitar semula dalam negara.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pembuangan sisa minyak berterusan yang dan tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan kos yang sangat tinggi untuk penyelenggaraan bahan itu.

“Edaran maklumat kepada komuniti khususnya kawasan kediaman dan peniaga kedai makan perlu bagi meningkatkan tahap kesedaran sekali gus mendidik mereka melakukan tindakan yang betul untuk menguruskan minyak masak terpakai.

“Kempen itu juga perlu di dewan makan asrama, sekolah, kafeteria pelbagai peringkat pengajian. Saya harap kita dapat membudayakan penjagaan alam sekitar dalam komuniti ini,” katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Tuan Ibrahim sebelum itu merasmikan Projek Eko-Komuniti FatHopes Energy di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian secara maya pada Isnin.

Turut sama, Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan, Zulkernai Fauzi dan Pengetua SMK Kubang Kerian, Khairani Sabtu.

SMK Kubang Kerian dipilih menjadi sekolah pertama di Malaysia sebagai pusat pengumpulan minyak masak terpakai dalam Program Tanggungjawab Sosial Korporat syarikat FatHopes Energy bagi memupuk kesedaran kepentingan mengitar semula bahan itu.

Artikel Berkaitan:

SMK Kubang Kerian dipilih untuk menjadi sekolah pertama di Malaysia dijadikan pusat pengumpulan minyak masak terpakai dalam Program Tanggungjawab Sosial Korporat syarikat FatHopes Energy bagi memupuk kesedaran tentang kepentingan mengitar semula bahan itu.
SMK Kubang Kerian dipilih untuk menjadi sekolah pertama di Malaysia dijadikan pusat pengumpulan minyak masak terpakai dalam Program Tanggungjawab Sosial Korporat syarikat FatHopes Energy bagi memupuk kesedaran tentang kepentingan mengitar semula bahan itu.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, penduduk setempat boleh menyumbangkan minyak masak terpakai kepada SMK Kubang Kerian bagi menggerakkan aspirasi kelestarian alam sekitar dengan mengumpul dan mengitar semula minyak masak terpakai untuk dijadikan biodiesel.

Katanya, kesedaran itu penting bagi menjayakan aspirasi negara untuk mencapai pelepasan sifar gas rumah kaca di peringkat global dan juga bagi menjaga kebersihan saliran dan sumber air negara.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama, Khairani Sabtu berkata, sumbangan minyak masak terpakai berasaskan sayuran amat dialu-alukan.

Katanya, minyak masak terpakai tersebut akan ditukar menjadi biodiesel dan sekolah juga akan mendapat pulangan daripada hasil kitar semula bagi membantu pendidikan pelajar.

“Mereka boleh menghantar minyak masak itu ke tempat yang dikhaskan antara jam 4 petang hingga 7 malam dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya.