Pemberian insentif RM500 bantu pekerja pendapatan rendah

Awang Hashim
Awang Hashim
A
A
A

SHAH ALAM - Pengurangan had kelayakan Program Insentif Malaysianization melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) bertujuan membantu pekerja swasta yang berpendapatan rendah.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, pekerja yang menerima gaji sebanyak RM1,200 akan mendapat manfaat insentif tambahan sebanyak RM500 atau 20 peratus daripada gaji bulanan yang ditawarkan.

“Jangan salah faham. Program ini untuk bantu mereka, rakan-rakan kita yang terima kurang pendapatan.

“Dengan kelonggaran syarat gaji minimum program ini, mereka yang diberi gaji RM1,200 akan dapat insentif tambahan daripada kerajaan RM500 setiap bulan.

“Fahami dahulu tujuan sebenar program ini,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Isnin.

Pada Sabtu, kerajaan mengumumkan pekerja swasta di negara ini akan menerima insentif tambahan sebanyak RM500 atau 20 peratus daripada gaji bulanan menerusi program Malaysianization.

Awang dalam satu kenyataan memaklumkan, tahun ini kerajaan telah menambah baik insentif tersebut dengan mengurangkan had kelayakan insentif daripada paras gaji RM1,500 kepada RM1,200 bertujuan mendorong majikan terutama membabitkan kategori kecil dan sederhana.

Beliau turut menekankan bahawa pernyataan yang diberikan tidak berkaitan dengan penetapan kadar gaji minimum sebanyak RM1,200 sebulan melalui Perintah Gaji Minimum 2020 yang masih berkuatkuasa.

Artikel Berkaitan: