Tekong bot hilang dipercayai terjatuh ke laut

Operasi Carilamat membabitkan keluasan kira-kira 114.58 batu nautika persegi.
Operasi Carilamat membabitkan keluasan kira-kira 114.58 batu nautika persegi.
A
A
A

KLANG ‐ Maritim Malaysia menggerakkan aset dengan bantuan beberapa agensi lain dalam usaha mencari dan menyelamat (Carilamat) seorang tekong bot yang dipercayai terjatuh sekitar 0.1 batu nautika selatan Selat Mahang, Pulau Che Mat Zin di sini pada Isnin.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohd Rosli Kassim berkata, bot milik mangsa ditemui di tengah laut tanpa penumpang.

"Mangsa, Hasmudin Anak Omar, 24, seorang lelaki tempatan dikhuatiri jatuh laut ketika dalam perjalanan balik ke Pulau Carey selepas menghantar pelanggan yang memancing di Pulau Ketam," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohd Rosli berkata, usaha Crilamat bermula sekitar jam 7 pagi dengan menggerakkan bot Maritim Pengawal 25, aset udara Maritim dengan bantuan Pasukan Polis Marin (PPM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

"Pencarian operasi Carilamat pada Isnin membabitkan keluasan 114.58 batu nautika persegi dengan tertumpu di kawasan perairan Pintu Gedung sehingga Pulau Carey.

"Cuaca di lokasi cerah dengan kelajuan angin 20 hingga 30 kilometer sejam dan ombak pada ketinggian 1.0 hingga 1.5 meter," katanya.

Menurut beliau, mangsa kali terakhir dilihat memakai baju berwarna putih dan berseluar pendek warna kuning sebelum dilaporkan hilang di laut.

Artikel Berkaitan: