Ahli Parlimen boleh buka pelitup muka ketika berucap

Azhar Azizan - Foto Bernama
Azhar Azizan - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan atau berucap di dalam Dewan Rakyat dibenarkan membuka pelitup muka bermula Isnin.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, keputusan itu dicapai selepas penilaian risiko dibuat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jelas beliau, ia berikutan tiada kes positif Covid-19 yang direkodkan sepanjang ujian saringan menerusi Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen dan Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) yang dibuat dalam persidangan kali ini.

"Berdasarkan penilaian risiko sebegitu, maka KKM berpandangan bahawa pelitup muka dibenarkan dibuka ketika perbahasan di Dewan Rakyat.

"Tetapi ahli-ahli Yang Berhormat diingatkan supaya memakai semula pelitup muka dengan kadar segera sebaik sahaja selesai berucap," katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Pada minggu lalu, beberapa ahli Parlimen memohon pertimbangan Azhar Azizan untuk membenarkan pelitup muka dibuka ketika berucap atau berbahas.

Ia berikutan terdapat ahli Parlimen yang terganggu, sukar untuk menyampaikan ucapan dengan jelas dan selesa apabila memakai pelitup muka tersebut.

Artikel Berkaitan: