Pasang CCTV, papan tanda elak kes curi pokok bunga

Papan tanda peringatan yang bertulis ‘Jangan curi please sudah 3x tukar’ berjaya menyedarkan orang ramai agar tidak mencuri pokok hiasan yang ditanam pihak MBK.
Papan tanda peringatan yang bertulis ‘Jangan curi please sudah 3x tukar’ berjaya menyedarkan orang ramai agar tidak mencuri pokok hiasan yang ditanam pihak MBK.
A
A
A

KUANTAN- Dua papan tanda peringatan yang dipasang oleh Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) berjaya menyekat kes kecurian pokok bunga hiasan yang ditanam untuk mengindahkan bandar raya Kuantan.

Tulisan yang tertera pada papan tanda peringatan itu berbunyi ‘Jangan curi please sudah 3x tukar’ dan 'amaran anda sedang diperhatikan CCTV' dipasang di lima kawasan penanaman pokok bunga hiasan itu.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Norkamawati Kamal berkata, papan tanda tersebut memberi kesan positif dan sekali gus mengekang kecurian pokok bunga hiasan berbanding sebelum ini.

Menurut Norkamawati, pada Ogos lalu, pihaknya kerugian hampir RM2,500 apabila 150 pokok bunga hiasan spesies ‘ixora sunkist’ dicuri di Jalan Kuantan-Gambang, di Taman Tas.

"Jadi, untuk elakkan kejadian berulang, papan tanda peringatan bahawa warga Kuantan diperhatikan kamera litar tertutup (CCTV) dan ‘Jangan curi please sudah 3x tukar’ dipasang," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata, antara lokasi CCTV dipasang adalah di Jalan Kuantan-Pekan, di Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), Jalan Kuantan-Gambang di Taman Tas, Jalan Pintasan Kuantan dan Jalan Wong Ah Jang bagi memudahkan pemantauan dan mengesan perbuatan tidak bertanggungjawab oleh individu tertentu.

"Setakat ini, Bahagian Landskap MBK melaporkan, tiada lagi kes kecurian pokok berbanding dahulu sehingga MBK menanggung kerugian ribuan ringgit.

“Kita harap masyarakat menghargai usaha yang dilakukan MBK dalam usaha mengindah dan menceriakan bandar raya Kuantan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Habis#