Mahu PakNil jadi hos Konsert Reunion AF2

Barisan bintang AF2
Barisan bintang AF2
A
A
A

“KALAU boleh PakNil,” ujar penyanyi, Bob Yusof ketika diajukan soalan siapakah yang bakal menjadi hos untuk Konsert Reuinion AF2 nanti.

Konsert yang menghimpunkan 12 bintang kelahiran Akademi Fantasia tersebut dijadualkan berlangsung sekitar pertengahan bulan Ogos 2019.

Bagaimanapun, menurut Bob, mengenai lokasi acara masih lagi dalam fasa perbincangan dan mencari penaja.

“Buat masa ini adalah beberapa lokasi yang difikirkan, cuma berharap akan ada penaja-penaja lain lagi untuk menaja supaya tempat konsert akan lebih besar untuk memuatkan kapasiti seperti yang disasarkan.

“Sebagai permulaan pengenalan konsert, kami sasar seribu orang sahaja.

“Tujuan kami adalah sempena untuk meraikan ulang tahun ke-15 bintang AF2 di persada seni hiburan tanah air sekali gus menghargai jasa-jasa peminat yang selama ini tidak henti menyokong perkembangan kerjaya kami,” ujar Bob.

Selain Bob, antara bintang AF2 yang hadir pada perjumpaan sembang media petang tadi di Dapur Sarawak, Jalan Pahang, Kuala Lumpur, terdiri daripada Linda Nanuwil, Adam, Fitri, Anding dan Zahid.

PakNil
PakNil

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, masing-masing meluahkan perasaan, penampilan mereka untuk menjayakan konsert ini juga kerana mendapat sambutan baik daripada peminat lama dan baharu.

“Selain rindu nak menyanyi dan berjumpa kawan-kawan lama, salah satu faktor lain adalah kerana peminat.

“Bila buat Instagram Live ataupun Facebook Live, rata-rata peminat masuk dan bertanyakan soalan, bilakah bintang AF2 akan mengadakan konsert reunion?,” kata Adam yang dipersetujui katanya oleh lima barisan penyanyi lain.

Untuk makluman, tiket bermula serendah RM150 diikuti RM250 dan RM500.

Bagi harga RM500 peminat berpeluang berjumpa dengan 12 bintang tersebut dan makan malam bersama.