#EmpowerNCER Akademik ketengah modifikasi komunikasi ibu bapa

Amin Idris berkongsi secara virtual dalam Program empowerNCER Akademik.
Amin Idris berkongsi secara virtual dalam Program empowerNCER Akademik.
A
A
A

SHAH ALAM - Program empowerNCER Akademik ketengahkan modifikasi komunikasi ibu bapa sedia ada kepada tahap lebih dinamik sesuai dengan peredaran masa kini.

Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Professional (iCEPS - UiTM) dalam satu kenyataan berkata, program berkenaan mewujudkan dua siri webinar komunikasi khusus untuk ibu bapa.

iCEPS - UiTM berkata, ibu bapa akan didedahkan dengan pelbagai teknik komunikasi yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan semasa.

“Teknik yang akan dikongsikan adalah seperti ‘Instant Rapport’ bagi membuatkan anak selesa dan serasi agar penyampaian ibu bapa lebih berkesan.

“Teknik ‘Pola Milton Model’ penggunaan bahasa ibu bapa dengan penyampaian yang mendalam dan dapat diterima anak-anak.

“Selain itu, pelbagai strategi lain seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa (VAKOG) adalah salah satu aplikasi dalam Program Neuro Linguistik (NLP) dalam kaunseling menjadikan penyampaian mesej bagi anak-anak yang kurang berdisiplin lebih berkesan,” kata kenyataan itu pada Ahad.

Datuk Fazilah Kamsah turut berkongsi secara virtual dalam Program empowerNCER Akademik.
Datuk Fazilah Kamsah turut berkongsi secara virtual dalam Program empowerNCER Akademik.

Menurut kenyataan itu, ibu bapa dapat mempelajari kaedah baru mempengaruhi anak untuk lebih memberikan kerjasama dan komitmen ketika berada di rumah.

Artikel Berkaitan:

Institut itu berkata, anak-anak khususnya yang bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan lebih menghormati, disenangi dan disanjungi oleh ibu bapa.

“Ibu bapa sedar akan keunikan dan kelebihan anak-anak mereka melalui program empowerNCER Akademik mampu menghasilkan kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi.

“Program ini merupakan inisiatif pembangunan modal insan oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Yayasan Petronas sebagai penaja dan UiTM sebagai penyedia perkhidmatan.

Penceramah yang hadir dalam program berkenaan terdiri daripada Fadli Yusof, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad dan Amin Idris.