Rancang sepenuhnya peluang rentas negeri

Pulau Langkawi. -Foto 123rf
Pulau Langkawi. -Foto 123rf
A
A
A

PENGUMUMAN kerajaan membenarkan rentas negeri amat melegakan dan dinanti-nantikan oleh semua lapisan masyarakat setelah menjalani kehidupan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang hampir memasuki tahun kedua.

Ini kerana kebenaran rentas negeri bukan setakat melepaskan tekanan jiwa dan jasmani tetapi lebih penting melepaskan rindu berjumpa ibu bapa, sanak saudara serta melakukan pelbagai aktiviti riadah di luar kawasan.

Jadi, gunakanlah peluang rentas negeri secara ilmiah bersama keluarga, adik-beradik dan sanak saudara dengan mempertingkatkan ilmu kesihatan demi faedah jangka panjang.

Selain saling mengingati mengenai perlunya mengikut prosedur operasi standard (SOP), kita perlu juga berkongsi maklumat terkini mengenai pandemik, contohnya varian baharu Covid Delta yang telah menular di beberapa negeri.

Perkongsian itu penting bagi mengelak dalam kalangan kita daripada mempercayai apa-apa maklumat tidak sahih dan tidak betul, yang akhirnya kita menanggung akibat daripada sikap tidak bertanggungjawab.

Selain berjumpa keluarga yang jauh, pastinya apabila kebenaran rentas negeri dibenarkan, mungkin ada yang ingin melancong di tempat-tempat percutian negara.

Jadi, kita perlu membuat sedikit kajian atau research di tempat percutian yang ingin kita lawati serta melihat perangkaan kes Covid-19 di kawasan berkenaan.

Recee atau buat tinjauan secara maya mengenai tempat penginapan, tempat dine in atau aktiviti riadah. Kalau perlu buatlah pelan kedua jika berlaku apa-apa kekangan pada pelan pertama.

Artikel Berkaitan:

Jika angka membimbangkan, kita carilah tempat lain yang lebih selamat atau tangguhlah perjalanan tersebut.

Tidak dinafikan bilangan kes mungkin akan naik tetapi kalau boleh biarkan bilangannya dapat dikawal. Kita jangan mudah lupa, kita masih belum menang menyekat penularan wabak Covid-19.