Shafie dakwa Yusof pujuk pimpinan sayap wirawati keluar Warisan

Tangkap layar ciapan Shafie di Twitter pada Ahad.
Tangkap layar ciapan Shafie di Twitter pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob cuba untuk memujuk dan mengajak sayap wirawati supaya keluar daripada parti itu.

Bagaimanapun, beliau memuji tindakan Ketua Wirawati Warisan, Isnaraissah Munirah yang tetap tegas dengan pendiriannya untuk tidak keluar parti.

“Saya difahamkan bukan sahaja Ahli-Ahli Yang Berhormat Parti Warisan cuba dipujuk dan diajak keluar parti oleh Yusof, malahan ramai juga dalam kalangan sayap wirawati yang telah didatangi beliau dengan pelbagai cerita dan analogi.

“Syabas saya ucapkan kepada sayap wirawati yang diketuai oleh saudari Munirah kerana cekal dengan dugaan dan utuh dengan pendirian serta kekal berprinsip!,” ciapnya di Twitter pada Ahad.

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan bekas Ketua Penerangan Warisan itu mengumumkan secara rasminya keluar daripada parti tersebut.

Yusof berkata, beliau akan menjadi ADUN Bebas yang menyokong kerajaan Persekutuan dan negeri selain melepaskan jawatan serta keahliannya dalam Warisan.

Dalam masa sama, Mohd Shafie menolak dakwaan membenarkan Yusof keluar meninggalkan parti.

Beliau berkata, tiada sebarang perbincangan daripada ADUN terbabit untuk keluar parti dan Warisan melihat ia sebagai keputusan peribadinya sendiri.

Artikel Berkaitan: