Itali terlalu kuat buat Belgium

Pemain-pemain Itali meraikan jaringan Barella dalam perlawanan tempat ketiga keempat menentang Belgium.
Pemain-pemain Itali meraikan jaringan Barella dalam perlawanan tempat ketiga keempat menentang Belgium.
A
A
A

JARINGAN babak kedua Nicolo Barella dan Domenico Berardi sudah cukup membolehkan juara Euro 2020 Itali melabuhkan tirai Liga Negara-Negara UEFA dikedudukan ketiga selepas menewaskan Belgium 2-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga keempat di Stadium Juventus, Turin malam ini.

Kemenangan skuad kendalian Roberto Mancini itu secara tidak langsung mengubati kekecewaan selepas disingkirkan Sepanyol pada pentas empat terbaik sebelum ini.

Kekalahan The Azzurri kepada La Roja itu juga mengakhiri rekod tanpa kalah Itali dalam 37 pertandingan pasukan ranking kelima Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu.

Antara aksi menarik pertemuan Itali dan Belgium di Turin malam ini.
Antara aksi menarik pertemuan Itali dan Belgium di Turin malam ini.

Sementara itu, anak buah Robero Martinez meraih gol saguhati hasil jaringan pemain gantian Charles De Ketelaere pada minit ke-86.

Perlawanan akhir awal pagi ini menemukan Perancis dan Sepanyol di Milan.

Artikel Berkaitan: