Rentas negeri: Terengganu sedia terima kehadiran pelancong

Pulau Redang. Foto 123RF (Gambar kecil: Ahmad Samsuri)
Pulau Redang. Foto 123RF (Gambar kecil: Ahmad Samsuri)
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Terengganu sebagai sebuah negeri yang mempunyai pelbagai tempat menarik untuk dilawati bersedia menerima kedatangan pelancong susulan kebenaran pergerakan rentas negeri bagi individu lengkap vaksinasi bermula Isnin.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kedatangan pelancong ke Terengganu sudah pasti dapat merancakkan semula sektor pelancongan negeri ini yang suram akibat pandemik Covid-19.

"Pengumuman ini melegakan pemain industri terutamanya sektor pelancongan yang sekian lama menyepi bakal kembali rancak sekali gus menyumbang kepada ekonomi lebih baik," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut Ahmad Samsuri, Terengganu menyambut baik keputusan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu dan ia melegakan rakyat khususnya perantau selepas sekian lama tidak dapat pulang ke kampung.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya memanfaatkan kebenaran rentas negeri dengan merancang perjalanan sebaik mungkin dan tidak terburu-buru pulang hingga mengabaikan aspek keselamatan keluarga masing-masing.

"Saya berharap kita semua dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang kelonggaran diberikan.

"Ingat, ini adalah tangungjawab kita bersama dalam usaha membantu negara dengan pembukaan semula ekonomi serta persediaan menjalani fasa endemik dengan selamat atau #ReopeningSafely," katanya.

Artikel Berkaitan: