Rimau muda diuji kelab Liga-M

- Foto Football Association of Malaysia
- Foto Football Association of Malaysia
A
A
A

SKUAD Bawah 22 tahun (B-22) negara akan menguji kekuatan dalam tiga perlawanan latihan menentang pasukan Liga Malaysia (Liga-M) bermula 12 hingga 18 Oktober depan.

Skuad kendalian Brad Maloney itu dijadualkan berdepan juara Liga Premier, Negeri Sembilan FC pada 12 Oktober diikuti dua perlawanan bersama pasukan Liga Super, Penang FC (15 Oktober) sebelum menamatkan aksi persahabatan dengan naib juara, Kedah Darul Aman FC (18 Oktober).

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu hantaran di laman Facebook memaklumkan ketiga-tiga aksi itu adalah sebahagian daripada persiapan menjelang aksi Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2022 di Ulaanbaatar, Mongolia pada 21 hingga 31 Oktober ini.

Bagi saingan Kelayakan Piala Asia B-23 2022, Malaysia diundi dalam Kumpulan J akan bertemu Laos pada 25 Oktober diikuti aksi menentang pasukan tuan rumah Mongolia (28 Oktober) dan menamatkan aksi berdepan Thailand (31 Oktober). - Bernama

Artikel Berkaitan: