X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

SJR sempadan negeri akan ditutup

Polis Diraja Malaysia(PDRM) akan menutup sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri bermula tengah malam ini.- Foto fail Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia(PDRM) akan menutup sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri bermula tengah malam ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tindakan itu dilaksanakan berikutan pengumuman kerajaan bahawa aktiviti rentas negeri bagi golongan yang lengkap divaksinasi dibenarkan bermula 11 Oktober ini.

"Sekatan jalan raya di sempadan negeri akan ditutup bermula tengah malam ini, bagaimanapun SJR di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),SJR Ops Benteng dan SJR Cegah Jenayah Keselamatan akan dikekalkan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, meskipun tiada SJR di sempadan negeri, PDRM akan menggerakkan pasukan pematuhan prosedur operasi standard (SOP0 bagi memastikan masyarakat sentiasa mematuhi dan mengamalkan SOP.

"Pemeriksaan akan dijalankan secara rawak di lokasi-lokasi tumpuan umum berdasarkan peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988(Akta 342).

"Justeru masyarakat dinasihatkan untuk tidak mengambil lewa terhadap kelonggaran pergerakan yang diberikan dan sentiasa mengamalkan tahap pematuhan SOP demi mengelakkan penularan Covid-19 kembali meningkat," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!