Sila log masuk terlebih dahulu.

Pakar ramal kes korban Covid-19 menurun di AS pada musim sejuk

Pakar penyakit berjangkit terkemuka Amerika Syarikat (AS), Anthony Fauci meramalkan jumlah kematian akibat Covid-19 akan menurun ketika musim sejuk.- Foto 123rf
Pakar penyakit berjangkit terkemuka Amerika Syarikat (AS), Anthony Fauci meramalkan jumlah kematian akibat Covid-19 akan menurun ketika musim sejuk.- Foto 123rf
A
A
A

MOSCOW - Pakar penyakit berjangkit terkemuka Amerika Syarikat (AS), Anthony Fauci meramalkan jumlah kematian akibat Covid-19 akan menurun ketika musim sejuk, lapor Agensi Berita Sputnik.

“Saya amat yakin anda akan mula melihat penurunan kadar kematian begitu juga dengan jumlah mereka yang dimasukkan ke hospital; berapa cepat angka itu akan turun atau sejauh mana ia berkurangan banyak bergantung kepada pelbagai keadaan.

“Keadaan seperti cuaca sejuk, orang ramai banyak melakukan aktiviti di dalam rumah serta sejauh mana keberkesanan garis panduan CDC (Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit),” kata Fauzi ketika ditemu ramah Greta Van Susteren yang dipetik akhbar The Hill.

Fauci yang menjadi ketua penasihat perubatan kepada Presiden AS, menasihati orang ramai supaya terus memakai pelitup muka ketika menyertai sebarang perhimpunan di luar, sama ada mereka sudah lengkap divaksin atau tidak, kerana ada komuniti mempunyai Covid-19 yang tersebar luas.

“Mujur ketika ini, sejak beberapa minggu terakhir, kita menyaksikan lekuk yang mula menampakkan penurunan untuk kedua-dua kes - kematian dan pesakit yang dimasukkan ke hospital. Angka kematian masih meningkat tetapi mula mendatar, jadi ia satu petunjuk ia semakin perlahan,” katanya dalam temu ramah yang disiarkan pada Ahad.

Pada September, pakar kawalan penyakit berjangkit memberi amaran, varian Delta terus menjadi kebimbangan utama di AS yang menyaksikan lonjakan kes baharu sehingga 98 peratus, daripada 13 peratus pada Jun.

AS mencatatkan kadar kes dan kematian akibat Covid-19 tertinggi di dunia. Menurut data terbaharu dari Universiti Johns Hopkins, AS mencatatkan lebih 44.3 juta kes sejak permulaan wabak dan jumlah kematian melebihi 712,000.

Pada awal bulan ini, ketika angka korban Covid-19 melepasi 700,000, Presiden Joe Biden berkata, berdasarkan fakta kematian penyakit itu terus meningkat memberi makna bahawa lebih ramai rakyat negara itu perlu mendapatkan vaksin. -Bernama

Artikel Berkaitan: