Rakyat dibenar ke luar negara tanpa melalui MyTravelPass

Ismail Sabri ketika sidang akhbar khas pada Ahad.
Ismail Sabri ketika sidang akhbar khas pada Ahad.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk membenarkan rakyat di negara ini melakukan perjalanan ke luar negara tanpa melalui MyTravelPass Jabatan Imigresen Malaysia.

Beliau berkata, bagaimanapun, pengembara masih perlu menjalani kuarantin wajib sebaik pulang ke tanah air.

“Kebenaran ini juga akan mula berkuat kuasa pada 11 Oktober 2021 (Isnin).

“Keputusan pemansuhan ini antaranya untuk menghubungkan ahli keluarga dan pasangan yang terpisah, rakyat Malaysia yang ke luar negara bagi tujuan bekerja dan mereka yang menjalankan urusan perniagaan.

"Bagaimanapun, kebenaran ini tertakluk kepada individu yang lengkap divaksin,” katanya ketika sidang akhbar khas pada Ahad.

Ismail Sabri menambah, di sebalik semua kelonggaran yang telah diumumkan, hakikatnya rakyat terpaksa hidup bersama virus Covid-19.

Katanya, situasi tersebut bukan sahaja menuntut rakyat untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP), malah penting untuk meningkatkan penilaian kendiri demi melindungi rakyat Malaysia.

“Untuk itu, bagi mereka yang masih belum divaksin, segeralah berbuat demikian. Ini kerana banyak kelonggaran yang telah diumumkan seperti merentas negeri, melancong dalam dan luar negara, 'dine-in' dan sebagainya bergantung kepada syarat lengkap vaksinasi.

Artikel Berkaitan:

“Vaksin mengurangkan risiko jangkitan, mencegah daripada mendapat jangkitan yang lebih teruk, mengurangkan risiko kematian akibat Covid-19 dan mengurangkan beban sistem kesihatan,” jelas beliau.