X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 22 Januari 2022

Polis Johor, Singapura bekerjasama kesan dua peminjam ah long

Kereta milik Jian Boon yang disimbah cat merah dalam kejadian pada Khamis.
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Singapura bagi mengesan sindiket pinjaman wang yang dipercayai terlibat dalam kes khianat di kediaman seorang ahli politik di negeri ini pada Khamis.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kerjasama itu bagi membantu pihaknya mengesan dua peminjam dari sindiket ah long yang berada di republik itu terlebih dahulu.

“Kita sedang mengesan dua peminjam yang berada di Singapura kerana dalam kes-kes melibatkan ah long ini mereka menggunakan nombor telefon yang berdaftar dan juga akaun bank melibatkan transaksi di Singapura.

“Jadi kita terpaksa minta bantuan pihak berkuasa di sana memandangkan ini bukan kes mudah (straight forward).

"Ramai yang pertikai kenapa kita tidak selesaikan dengan cepat, tetapi perlu tahu bahawa modus operandi kes ini amat teliti,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini pada Ahad.

Sebelum ini, media melaporkan rumah Timbalan Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA Malaysia, Chua Jian Boon di Kulai telah disimbah cat merah kira-kira jam 11.15 malam pada Khamis.

Ugutan jenayah itu dipercayai berlaku selepas Jian Boon terlibat dalam membantu seorang mangsa yang diburu syarikat pengutip hutang terbabit.

Selain pekarangan rumah, pagar dan dua buah kereta yang diletak depan kediaman berkenaan turut disimbah cat merah selain satu nota ugutan kepada Jian Boon dan keluarganya.

Mengulas lanjut, Ayob berkata, pihaknya juga telah menjalankan siasatan terperinci dengan beberapa saksi kejadian telah diambil keterangan.

“Kita dah menyiasat tempat kejadian dan ambil keterangan tiga saksi yang mendakwa suspek menyimbah cat di kediaman milik ahli politik itu, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!