Empat buah pacuan empat roda lesap

Wan Khairuddin (dua, kiri) meninjau lokasi kejadian empat buah pacuan empat roda dilarikan penyamun di sebuah syarikat kenderaan di Wakaf Che Yeh pagi tadi.
Wan Khairuddin (dua, kiri) meninjau lokasi kejadian empat buah pacuan empat roda dilarikan penyamun di sebuah syarikat kenderaan di Wakaf Che Yeh pagi tadi.
A
A
A

KOTA BHARU - Empat buah pacuan empat roda dilarikan empat penyamun bertopeng dalam kejadian di sebuah bilik pameran kenderaan di Wakaf Che Yeh awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Asisten Komisioner, Wan Khairuddin Wan Idris berkata, dalam kejadian kira- kira jam 4 pagi itu empat penjenayah telah memecah masuk ke dalam premis berkenaan.

Beliau berkata, seorang pengawal keselamatan di premis berkenaan diikat kaki dan tangan oleh suspek lelaki yang menceroboh premis berkenaan.

“Mangsa telah membuat laporan polis jam 8 pagi. Suspek telah melarikan empat buah pacuan empat roda iaitu dua berwarna hitam, satu berwarna putih dan satu berwarna perak.

“Sehingga kini masih tiada tangkapan dibuat dan kes disiasat di bawah Akta 395 dan 397 Kanun Keseksaan samun berkumpulan tanpa senjata api.

Suspek bersenjatakan pisau dan kami sedang meneliti kamera litar tertutup yang terdapat di premis berkenaan,” katanya ketika sidang media di lokasi berkenaan hari ini.

Artikel Berkaitan: