Covid-19: 7,373 kes baharu hari ini

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kes baharu positif Covid-19 mencatatkan penurunan pada Ahad iaitu sebanyak 7,373 berbanding 8,734 pada Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini mencecah 2,339,594.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, terdapat 133 kes atau 1.8 peratus adalah kategori tiga hingga lima.

“Sebanyak 7,240 kes atau 98.2 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

"Manakala sebanyak 762 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 410 pesakit memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam satu kenyataan.

Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mencatat 10,959 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatifnya sebanyak 2,195,669 kes.

Sementara itu, sebanyak lapan kluster baharu dikenal pasti membabitkan lima daripadanya kluster komuniti.

"Selain itu, masing-masing satu bagi kluster tempat kerja, kumpulan berisiko tinggi dan keagamaan," katanya.

Ujarnya, jumlah keseluruhan kluster yang direkodkan telah tamat adalah sebanyak 4,778 manakala 810 kluster masih aktif.

Artikel Berkaitan:

Dr Noor Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught (Rt) di Malaysia pada Ahad adalah 0.86 dengan sembilan negeri merekodkan nilai melebihi angka tersebut iaitu Perlis (1.1), Putrajaya (1.03), Negeri Sembilan (1.02), manakala Kelantan dan Terengganu masing-masing 0.96.

Turut melebihi nilai R-naught nasional ialah empat lagi negeri iaitu Melaka (0.95), Pahang (0.94), Kuala Lumpur (0.9) dan Kedah (0.87).