Tiga kereta hampir tenggelam banjir kilat di AMJ

Dua kenderaan hampir tenggelam ketika melalui melalui Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) persimpangan Cheng di sini, pada Ahad.
Dua kenderaan hampir tenggelam ketika melalui melalui Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) persimpangan Cheng di sini, pada Ahad.
A
A
A

MELAKA - Tiga pemandu berdepan detik cemas apabila kenderaan dipandu mereka hampir ditenggelami banjir kilat ketika melalui Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) persimpangan Cheng di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, kesemua mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan pasukan bomba.

Penyelia Pasukan (B) Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Zulkifli Mohd Ali berkata, pasukannya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 7.25 pagi.

"Setiba di lokasi kejadian kita mendapati tiga buah kereta telah tenggelam di dalam banjir di persimpangan Cheng.

Persimpangan Cheng yang dilanda banjir.kilat.
Persimpangan Cheng yang dilanda banjir.kilat.

"Dalam situasi itu dua buah kereta telah dikosongkan, namun hanya sebuah kereta jenis Bently mempunyai dua penumpang termasuk seorang warga emas berada dalam kereta," katanya ketika dihubungi.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, pasukan bomba telah mengambil tindakan pantas membantu menolak kesemua kenderaan terbabit ke bahu jalan.

"Mereka yang terlibat dalam insiden itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan air turut mulai surut," katanya.