Hari Sukan Negara peluang rakyat hargai kehidupan, perpaduan

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (kiri) menyertai acara berbasikal selepas melancarkan Hari Sukan Negara peringkat negeri Sarawak, hari ini. Foto Bernama
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (kiri) menyertai acara berbasikal selepas melancarkan Hari Sukan Negara peringkat negeri Sarawak, hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi, Abang Johari Tun Openg berkata, Hari Sukan Negara (HSN) dapat memberi peluang kepada rakyat Malaysia, khususnya rakyat Sarawak menghargai kehidupan serta perpaduan antara kaum terutama semasa negara masih lagi dalam pandemik Covid-19.

“HSN juga diharap dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat selain sukan juga adalah wadah penghubung yang baik untuk mencapai perpaduan antara kaum,” katanya dalam ucapan sempena sambutan HSN 2021 peringkat negeri Sarawak di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Belia dan Sukan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Abang Johari berkata menghargai kehidupan dan perpaduan antara kaum yang hanya boleh dikecapi dengan tubuh badan serta minda yang sihat.

Bagi sambutan HSN 2021 di Sarawak, pelbagai aktiviti dan program telah diadakan di semua bahagian dengan merangkumi semua jenis sukan dan kecergasan yang melibatkan pergerakan fizikal termasuk pertandingan, pertunjukan, dan rekreasi.

Selain itu, program berbentuk pengetahuan seperti bengkel atau seminar pemakanan yang sihat serta program dalam talian kini giat diadakan dengan menggunakan teknologi terkini seperti penganjuran webinar kecergasan, kejohanan sukan E-sports dan cabaran ‘TikTok’. - Bernama

Artikel Berkaitan: