Covid-19: Kes positif global lebih 237.4 juta, kematian 4.85 juta

Gambar fail. Foto Reuters
Gambar fail. Foto Reuters
A
A
A

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 237.4 juta.

Ini berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan 44.3 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 33.9 juta dan Brazil dengan lebih 21.5 juta kes.

United Kingdom kini mencatat lebih 8 juta kes manakala Rusia, Perancis dan Turki antara negara yang mencatatkan lebih 7 juta kes.

Argentina melebihi 5 juta dan diikuti Colombia serta Sepanyol yang semakin hampir kepada jumlah tersebut.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.6 juta, Malaysia (2.3 juta), Thailand (1.7 juta) dan Singapura (124,000).

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 4. 85 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 712,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 600,000 kes, India lebih 450,000 kes, Mexico lebih 281,000 kes.

Sementara itu, Rusia mencatat lebih 211,000 kematian.

United Kingdom, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 94,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 86,000 kes.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 142,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua mencatat angka korban tertinggi dengan lebih 39,000, diikuti Malaysia (27,000) dan Thailand (17,000). - Awani