Penghantar e-hailing buat gangguan seksual masih dikesan

Polis masih mengesan seorang penghantar e-hailing yang didakwa melakukan gangguan seksual di Taman Mutiara Subang di sini pada Selasa.
Polis masih mengesan seorang penghantar e-hailing yang didakwa melakukan gangguan seksual di Taman Mutiara Subang di sini pada Selasa.
A
A
A

SUBANG JAYA - Polis masih mengesan seorang penghantar e-hailing yang didakwa melakukan gangguan seksual di Taman Mutiara Subang di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, setakat ini belum ada perkembangan berkaitan kes itu.

"Maklumat yang diperolehi daripada aduan tidak dapat membantu dan data syarikat e-hailing yang diperolehi pula bercanggah dengan suspek dan kenderaan yang digunakan.

"Kita akan mencuba daripada pelbagai sudut lain pula untuk mengesan suspek," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Abd Khalid turut mengalukan kerjasama orang ramai dalam menyalurkan sebarang maklumat jenayah berkaitan kes itu dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya menerusi talian 03-56210343 untuk tindakan lanjut.

"Segala identiti pemberi maklumat adalah dirahsiakan," katanya.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan kejadian terbabit yang dikongsikan mangsa di laman Twitternya.

Dalam kejadian tersebut, mangsa yang berusia 23 tahun itu mahu mengambil kek yang dipesan melalui sebuah syarikat penyedia penghantaran e-hailing daripada lelaki tersebut mendakwa ternampak zip seluar lelaki terbabit terbuka sehingga mendedahkan alat sulitnya.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama, lelaki terbabit turut didakwa menarik pergelangan tangan kiri mangsa beberapa kali namun mangsa sempat menarik semula tangannya sebelum bergegas masuk ke pejabat.