Maklumat kes harian Covid-19 dimuatnaik di COVIDNOW

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tampil memberikan penjelasan berhubung laporan kes harian Covid-19 tanpa memperincikan pecahan mengikut negeri seperti kebiasaan.

Beliau berkata, ia berikutan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah terlalu lama memfokuskan kepada jumlah kes harian Covid-19.

Justeru, katanya, memandangkan negara akan beralih ke fasa endemik, pihaknya masih melaporkan kes harian tersebut, tetapi mulai pada Sabtu malam, segala butiran dan data penting akan dimuat naik menerusi laman web COVIDNOW.

“Kita telah pun terlalu lama memfokuskan jumlah kes harian Covid-19. Memandangkan kita akan beralih ke fasa endemik, kita akan tetap melaporkan sedemikian, tetapi mulai pada malam ini, segala butiran dan data penting akan dimuat naik dalam laman web COVIDNOW,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi membalas kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berhubung laporan kes harian Covid-19 menerusi ciapan rasminya pada Sabtu.

Pada Sabtu, KKM melaporkan sebanyak 8,743 kes baharu Covid-19 direkodkan menjadikan jumlah jangkitan terkumpul sebanyak 2,332,221 kes.

Tidak seperti kebiasaan, Dr Noor Hisham tidak menyatakan jumlah jangkitan harian mengikut negeri, sebaliknya beliau memaklumkan maklumat terperinci mengenai kes harian Covid-19 akan dimuat naik ke laman web milik Kementerian Kesihatan, COVIDNOW.

Artikel Berkaitan: