Hanya 0.89 peratus kes baharu perlukan bantuan oksigen di Sarawak

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUCHING - Hanya 0.89 peratus atau sepuluh daripada 1,126 kes positif Covid-19 di Sarawak pada Sabtu melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

JPBN Sarawak dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan, baki 99.11 peratus atau 1,116 kes pula tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan.

“Pertambahan kes hari ini (Sabtu) menjadikan kumulatif kes positif di Sarawak kini 223,507.

“Antara kawasan yang mencatatkan kes tertinggi adalah Kuching dengan 315 kes diikuti Miri (195), Sibu (117) dan Bintulu (56),” menurut JPBN.

Selain itu, 14 kematian akibat Covid-19 direkodkan di Sarawak dari 30 September hingga Jumaat manakala jumlah kluster yang aktif pula sebanyak 77.- Bernama

Artikel Berkaitan: