6,762 premis cemar alam sekitar dikenakan tindakan tegas

Hantaran Tuan Ibrahim di Facebooknya pada Sabtu.
Hantaran Tuan Ibrahim di Facebooknya pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 6,762 premis dikenakan tindakan tegas termasuk 12 digantung lesen atas kesalahan pencemaran alam sekitar bagi tempoh 1 Januari hingga 21 September tahun ini.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kesalahan itu dikesan melalui 15,344 operasi penguatkuasaan yang dijalankan kementeriannya melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) sepanjang tempoh tersebut.

Katanya, tindakan itu diambil susulan premis terlibat didapati gagal mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Statistik tindakan yang telah diambil JAS setakat sembilan bulan pertama tahun ini.
Statistik tindakan yang telah diambil JAS setakat sembilan bulan pertama tahun ini.

"Antara tindakan tegas lain yang telah diambil sepanjang tempoh sembilan bulan pertama tahun ini adalah 4,529 kompaun, dua perintah larangan dan sebanyak 202 kertas siasatan telah dibuka.

"Selain itu, sebanyak 1,267 notis arahan dan 750 penahanan operasi kelengkapan turut diambil," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, secara purata sebanyak 1,700 operasi dijalankan JAS dalam tempoh sebulan mulai Januari hingga September tahun ini.

Beliau dalam hantaran sama turut menzahirkan penghargaan dan terima masih kepada JAS atas kejayaan menjalankan operasi tersebut.

Artikel Berkaitan: