Pandelela kini bergelar Datuk

Pandelela
Pandelela
A
A
A

RATU terjun negara, Pandelela Rinong dianugerahkan Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun kelahiran ke-85 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud pada Sabtu.

Pandelela yang juga pemenang pingat perak dan gangsa Sukan Olimpik serta lima pingat Kejohanan Dunia antara 1,326 penerima darjah kebesaran dan pingat.

Pandelela, 28, menjadi atlet kebangsaan kedua tahun ini menerima penghormatan yang membawa gelaran Datuk selepas jaguh lumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang.

Beliau adalah atlet negara keempat dalam sejarah menerima pengiktirafan ketika masih aktif dalam sukan yang diceburi selepas legenda badminton, Datuk Lee Chong Wei, bekas ratu skuasy, Datuk Nicol David dan Azizulhasni.

Pandelela yang meraih gangsa 10 meter (m) platform individu Sukan Olimpik London 2012 dan perak 10m platform seirama edisi 2016 di Rio menjadi sandaran Malaysia untuk memburu pingat pada Olimpik Paris 2024.

Artikel Berkaitan: