X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Lagu 'Shanghai Beach' bibit persahabatan dua pesakit

Tangkap layar bibit permulaan sebuah persahabatan antara dua pesakit yang dirawat di sebuah hospital di Kedah.
A
A

LAGU Kantonis 'Shanghai Beach' menjadi bibit permulaan sebuah persahabatan antara dua pesakit yang dirawat di sebuah hospital di Kedah.

Lebih unik, lagu itu didendangkan seorang pesakit Melayu yang kemudian dinyanyikan bersama sahabat barunya dari kaum Tionghoa.

Menurut anak pesakit itu, pengguna akaun TikTok dengan nama Ivy Neoh, bapanya dimasukkan ke Kedah Medical Centre pada 8 Sept lalu akibat kemalangan jalan raya.

Dia kemudian mengenali sahabat baharunya itu selepas mereka ditempatkan dalam wad yang sama.

Tambah Ivy, lelaki itu memberitahu, dia kerap menonton rancangan dalam bahasa Cina di televisyen dan mendengar lagu-lagu lama.

Keadaan itu mencetuskan nostalgia buat bapanya yang sedang menerima rawatan.

Lagu Shanghai Beach dipopularkan Frances Yip dan dijadikan lagu tema bagi drama The Bund terbitan Hong Hong TBV sekitar tahun 1980-an.

Ivy turut berkongsi detik penuh emosi perpisahan mereka setelah dibenarkan keluar hospital.

Kata Ivy, dia tersentuh dengan tindakan lelaki Melayu itu yang mendoakan kesejahteraan bapanya. - Sumber Awani

@ivy_neoh

Glad to see people from difference races coming along together. Thank you uncle for entertaining my sick father with a great Cantonese song

original sound - Ivy_Neoh - Ivy_Neoh


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!