Video tular: Tiada isu pekerja ladang

Video yang dimuat naik memaparkan penjelasan pekerja terlibat terhadap perkara sebenar disebalik kejadian.
Video yang dimuat naik memaparkan penjelasan pekerja terlibat terhadap perkara sebenar disebalik kejadian.
A
A
A

KUANTAN - Felcra Berhad tampil menjelaskan perkara sebenar disebalik rakaman video memaparkan tindakan pegawai tingginya menengking pekerja ladang seliaan agensi itu yang tular di laman sosial semalam.

Perkara itu dijelaskan seorang wanita dipercayai salah seorang pekerja ladang yang terlibat melalui rakaman video berdurasi 1.36 saat yang dimuat naik ke twitter agensi berkenaan hari ini.

Berdasarkan rakaman video tersebut, pekerja terbabit menjelaskan, kejadian itu berlaku semasa lawatan pegawai berkenaan sempena Siri Kembara Sehari Felcra Berhad ke Projek Kampung Serambi, Pekan, 2 Mac lalu.

Menurutnya, semasa lawatan itu, pegawai berkenaan menjumpai banyak buah kelapa sawit muda berbanding buah masak.

“Itu isu sebenarnya, bila banyak buah muda, ia satu kerugian dan bagi kami pekerja ladang teguran seperti itu (tengking) memang sepatutnya. Bagi orang luar mereka tidak faham. Mereka boleh cakap macam-macam kerana tidak berada di lokasi.

“Bagi kami pekerja ladang termasuk saya sendiri, walaupun seorang wanita tidak ada masalah pun kena tengking dan sebagainya,” jelasnya.

Dia turut menjelaskan isu guni baja yang menimbulkan kemarahan pegawai berkenaan pada video yang tular sebelum ini, pekerja itu menjelaskan, perkara itu bukan isu sebaliknya mandur tersalah jawab.

“Memang guni baja boleh guna balik tapi masa mandur itu ditanya, dia mungkin gementar dan jawap guni baja dibakar.

Artikel Berkaitan:

“Bagi kami tiada sebarang isu dalam kejadian ini cuma ia diperbesarkan netizen tanpa mengentahui perkara sebenar,” katanya.