Empat maut pesawat ringan terhempas Atlanta, AS

Foto AJC/Alyssa Pointer
Foto AJC/Alyssa Pointer
A
A
A

WASHINGTON - Empat penumpang sebuah pesawat kecil terbunuh pada Jumaat dalam satu nahas udara berhampiran Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat, lapor Agensi Berita Xinhua memetik media.

Beberapa media melaporkan, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan memaklumkan sebuah pesawat ringan Cessna 210 terhempas kira-kira jam 1.10 petang sejurus berlepas dari Lapangan Terbang DeKalb-Peachtree di pinggir timur laut Atlanta.

Menurut Jabatan Bomba DeKalb County, kejadian itu turut menyebabkan pesawat terbakar dan kesemua mangsa maut di tempat kejadian. Maklumat mengenai identiti mangsa belum dikeluarkan.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan mengetuai siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian. - Bernama

Artikel Berkaitan: