Van Gaal tak puas hati aksi Oranje

Penyerang Belanda, Memphis Depay (kanan), cuba melepasi kawalan pertahanan Latvia pada aksi kelayakan berkenaan. - Foto EPA
Penyerang Belanda, Memphis Depay (kanan), cuba melepasi kawalan pertahanan Latvia pada aksi kelayakan berkenaan. - Foto EPA
A
A
A

PENGENDALI Belanda, Louis Van Gaal tidak berpuas hati dengan aksi dipamerkan skuad kendaliannya itu, biarpun berjaya menewaskan Latvia, 1-0 pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022,di Stadium Daugava Stadium, Riga, Latvia, pada Sabtu.

Menurut Van Gaal, pemain skuad Oranje itu dilihat mempamerkan aksi hambar apabila banyak melakukan kekasaran, melakukan hantaran-hantaran liar termasuk beberapa kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan.

“Saya tahu, kita beraksi dalam cuaca sejuk kali ini, tetapi saya kesal dengan aksi yang dipamerkan kesebelasan pemain.

“Terlalu banyak kesilapan yang dilakukan pada perlawanan kali ini dan diharapkan ia (kesilapan) seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

“Lagipun, ini bukan kali pertama mereka (pemain) beraksi dalam cuaca sejuk seperti ini dan mereka seharusnya bermain dengan baik dan penuh keyakinan,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Belanda menjaringkan gol tunggal menerusi Davy Klaassen pada minit ke-19.

Kemenangan itu menyaksikan Belanda terus menerajui Kumpulan Gdengan 16 mata manakala Latvia berada pada kedudukan kelima dengan 5 mata daripada tujuh perlawanan.

Sementara itu, Van Gaal menyifatkan kemenangan berkenaan membuatkan skuad kendaliannya itu semakin hampir untuk mengesahkan slot ke Piala Dunia 2022.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun katanya, kedudukan skuad Oranje itu masih belum selamat apabila diekori rapat Norway dengan 14 mata, selain Turki yang mampu melakukan kejutan pada bila-bila masa biarpun sekadar meraih 12 mata ketika ini.

“Kedudukan kita masih belum selamat kerana Norway dan Turki semakin hampir dengan kita.

“Apa pun, kita perlu memastikan kemenangan pada baki perlawanan yang ada jika mahu mengesahkan slot ke Piala Dunia nanti,” katanya.