6.42 bilion dos vaksin Covid-19 didaftar seluruh dunia

Lebih 6.42 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini. - Foto 123rf
Lebih 6.42 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini. - Foto 123rf
A
A
A

LEBIH 6.42 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini.

Menurut data Johns Hopkins University, China mendahului dengan lebih 2.21 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan 939 juta dos dan Amerika Syarikat dengan lebih 398 juta dos vaksin.

Brazil mencatat lebih 246 juta dos manakala Jepun melebihi 172 juta.

Sementara itu, Turki, Jerman dan Mexico mencatat angka melepasi 100 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan 154 juta dos.

Ini diikuti Thailand dengan lebih 58 juta, Filipina dan Malaysia lebih 48 juta.

Singapura pula merekodkan lebih 9 juta dos vaksin didaftar.- Sumber Awani

Artikel Berkaitan: