Peniaga restoran guna pinggan, cawan pakai buang minimum guna air

Dari Kiri : Barakathullah, Hakimsa dan Afiff
Dari Kiri : Barakathullah, Hakimsa dan Afiff
A
A
A

SHAH ALAM - Gangguan bekalan air berjadual yang dijangka berlaku antara 13 hingga 16 Oktober ini turut memberi kesan terhadap operasi harian premis restoran dan kedai makanan.

Pengarah Urusan Restoran Hakim, Datuk Hakimsa Abdul Karim berkata, tempoh gangguan bekalan air kali ini agak panjang dan pihaknya terpaksa mengambil alternatif lain bagi meneruskan operasi perniagaannya di Seksyen 7, di sini.

Menurut Hakimsa, selain membuat simpanan bekalan air, dia juga merancang menggunakan pinggan dan cawan pakai buang bagi meminimumkan penggunaan air.

“Selalunya tempoh gangguan satu hingga dua hari namun kali ini ia agak panjang dan sudah semestinya operasi kami akan sedikit terganggu,” katanya.

Sementara itu, pemilik Restoran Queeny yang beroperasi di Semenyih, Afiff Muhammad berkata, gangguan bekalan air yang kerap berlaku di Lembah Klang sememangnya memberi tekanan kepada peniaga makanan dan minuman malah ada antaranya terpaksa menutup sementara operasi mereka.

“Saya harapkan tempoh pemulihan tidak begitu panjang sehingga memberi kesan kepada operasi perniagaan dan orang ramai,” katanya.

Bagi pemilik Restoran Mirasa di Seksyen 9, di sini, Barakathullah Seenimohd Abdullah berkata, walaupun operasi perniagaannya bakal terganggu, pengumuman awal dibuat oleh Air Selangor itu amat membantu pihaknya membuat persediaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

“Sebelum gangguan bekalan nanti, saya akan membuat simpanan dahulu dan meminimumkan penggunaannya,” katanya.

Artikel Berkaitan: