Wanita OKU ditemui mati dalam kebakaran

Anggota bomba melakukan kerja-kerja memadam kebakaran di tempat kejadian.
Anggota bomba melakukan kerja-kerja memadam kebakaran di tempat kejadian.
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) ditemui mati dalam kebakaran sebuah bangunan kedai pada petang Jumaat di Lebuh Nanning, Jalan Kerian di sini.

Dalam kejadian pada jam 3.34 petang itu, wanita berkenaan ditemui terbaring di atas katil di sebuah bilik bahagian atas bangunan kedai itu.

Difahamkan mangsa dikenali sebagai Chia Puimg Lin berusia 44 tahun dan berasal dari Sabah.

Ketua Balai Bomba Jalan Perak, Timbalan Penguasa Bomba 1, A'Azelan Hassan berkata, pihaknya yang menerima laporan kebakaran terus bergegas ke tempat kejadian dengan enam jentera selain dibantu beberapa pasukan dari balai bomba berhampiran.

Menurutnya, struktur tambahan yang dipasang menggunakan papan lapis menyebabkan kesukaran melakukan kerja-kerja memadam api di bahagian atas bangunan kedai selain asap tebal.

"Bagaimanapun dengan kecekapan anggota bomba dan bantuan anggota bomba sukarela berhampiran berjaya mengawal kebakaran terbabit kira-kira jam 4.02 petang.

"Pemeriksaan lanjut yang dilakukan menemukan mangsa yang mengalami melecur di bahagian kepala dan dipercayai gagal menyelamatkan diri kerana pengsan akibat terhidu asap tebal," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini pada petang Jumaat.

A'Azelan berkata, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 4.20 petang dan mayat wanita berkenaan dihantar ke Unit Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

Katanya, punca kebakaran dan kerugian akibat kejadian itu masih dalam siasatan.